Cara Transfer Duit dari Maybank2u ke ASB Kemaskini

Bagi pemilik akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang telah mendaftar akaun secara online di portal MyASNB, anda dapat melakukan pemindahan dana dari ASB ke akaun

Ismail

Bagi pemilik akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang telah mendaftar akaun secara online di portal MyASNB, anda dapat melakukan pemindahan dana dari ASB ke akaun Maybank secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi cawangan ASNB atau ejen berdaftar ASNB.

Pelaburan merupakan elemen penting dalam mencapai matlamat kewangan, mengatasi inflasi, dan meningkatkan pendapatan.

ASB, yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), menawarkan peluang pelaburan dengan purata dividen 8% setahun, risiko rendah, dan kemudahan pemindahan wang dalam talian untuk memperkukuhkan pelaburan anda.

Cara Transfer Duit ASB ke Maybank2U

Langkah-langkah untuk memindahkan duit ke Amanah Saham Bumiputera (ASB) melalui Maybank:

  1. Layari laman web https://www.myasnb.com.my/ untuk akses akaun myASNB.
  2. Log masuk ke akaun myASNB menggunakan ID pengguna.
  3. Pilih jenis unit amanah, seperti Amanah Saham Bumiputera, atau ASB 2 untuk akaun kedua.
  4. Pilih bank dan masukkan nombor akaun bank.
  5. Setujui terma dan syarat pelaburan tambahan.
  6. Masukkan jumlah pelaburan tambahan (minimum RM100).
  7. Selesaikan ruangan Captcha dan klik SETERUSNYA.
  8. Periksa transaksi dan pilih bank (contohnya Maybank2U) untuk pembayaran.
  9. Masukkan emel untuk menerima status transaksi dan setujui.
  10. Log masuk ke Maybank2U dan ikuti langkah-langkah FPX Payment.
  11. Terima dan masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS.
  12. Konfirmasi transaksi dan periksa baki dalam myASNB dan akaun Maybank2U anda.

Pemindahan duit ke ASB melalui Maybank telah berjaya.

Tags

Related Post

Leave a Comment