Cara Daftar SSPN Online Kemaskini

Anda berpeluang membuka akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah instrumen kerajaan untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak.

Ismail

Anda berpeluang membuka akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah instrumen kerajaan untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak.

SSPN-i menawarkan jaminan kerajaan, pembebasan cukai sehingga RM8,000, dan dividen konsisten, menjadikannya pilihan terbaik untuk menyediakan dana pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

Dengan pilihan mendaftar secara online tanpa perlu beratur di kaunter, SSPN memberikan kemudahan kepada ibu bapa untuk merancang masa depan pendidikan anak-anak dengan lebih efisien dan fleksibel.

Cara Daftar SSPN Online

Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus

  1. Warganegara Malaysia, sama ada sebagai pendeposit atau penerima manfaat, boleh membuka akaun SSPN-i/SSPN-i Plus.
  2. Setiap penerima manfaat hanya dibenarkan membuka satu akaun sahaja.
  3. Penerima manfaat perlu berumur di antara 1 hari hingga sebelum mencapai 29 tahun.
  4. Penerima manfaat juga berpeluang menjadi pendeposit atau membuka akaun untuk diri sendiri.
  5. Pendeposit yang berlainan boleh membuka SSPN-i/SSPN-i Plus untuk penerima manfaat yang sama tanpa had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Cara Daftar Akaun SSPN Secara Online

  1. Buka Laman WebUntuk mendaftar SSPN secara online, akses laman web rasmi SSPN: https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/
  2. Pilih Skim / PakejPilih SSPN PRIME atau SSPN PLUS dan klik pada butang yang sesuai. Untuk SSPN PLUS, pilih pakej simpanan bulanan yang diinginkan. (Pendeposit SSPN-i Plus perlu membuat deposit 2 bulan dan mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit, kecuali bagi pembayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.)
  3. Isi Maklumat Anak / PeribadiIsi borang dengan maklumat yang diperlukan.
  4. Pilih Kaedah PotonganPilih cara bayaran bulanan dan sambung akaun bank dengan SSPN. Fahami terma dan syarat yang ditetapkan sebelum klik ‘Setuju’.
  5. Buat BayaranDeposit minimum ke akaun SSPN. (Minimum RM20 untuk SSPN-i dan mengikut pakej serendah RM30 sebulan untuk SSPN-i Plus.) Pilih bank yang disediakan untuk bayaran pendaftaran.
  6. PengesahanSemak maklumat pengesahan yang dipaparkan untuk rujukan anda.

Cara Buka Akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus Online

  1. Layari Portal Pembukaan Akaun PTPTN.
  2. Isi butiran pendeposit termasuk nama penuh dan nombor MyKad dengan tepat.
  3. Pilih Jenis Akaun, sama ada Akaun Untuk Diri Sendiri (untuk pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN, berumur 18 tahun ke atas) atau Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah (untuk ibu bapa atau penjaga pelajar di bawah 18 tahun).
  4. Lengkapkan butiran lain yang diperlukan.
  5. Depositkan amaun serendah RM20 atau lebih, bergantung kepada pendeposit.
  6. Masukkan ID ejen untuk Pengesahan Pembukaan Akaun (ID Ejen adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang dilantik oleh PTPTN).
  7. Pastikan semua maklumat tepat dan klik Hantar.
  8. Selesaikan pembayaran deposit secara online dan masukkan emel yang aktif.
  9. Cetak atau simpan resit pembayaran deposit sebagai rujukan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati laman web rasmi SSPN di pautan https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/

Tags

Related Post

Leave a Comment