Cara Daftar RHB Online Kemaskini

RHB Bank memudahkan pendaftaran perbankan atas talian di Malaysia, membolehkan pelanggan membuka akaun dan menggunakan RHB Internet Banking untuk urusan harian. Bank ini, sebagai institusi

Ismail

RHB Bank memudahkan pendaftaran perbankan atas talian di Malaysia, membolehkan pelanggan membuka akaun dan menggunakan RHB Internet Banking untuk urusan harian.

Bank ini, sebagai institusi perkhidmatan kewangan dan pelaburan yang terkemuka, menawarkan kemudahan perbankan perdagangan, pelaburan, dan perkhidmatan perbankan korporat serta antarabangsa.

Dengan 200 pejabat di seluruh Malaysia, RHB Bank adalah bank ketiga terbesar di negara ini dan berkomitmen untuk terus berkembang. Pengenalan platform RHB Now membawa kemudahan perbankan atas talian kepada pelanggan, membolehkan mereka menjalankan pelbagai urusan harian tanpa perlu mengunjungi mesin ATM atau cawangan.

Untuk pendaftaran RHB Online, pelanggan dapat mengakses laman web rasmi RHB Bank Malaysia dan mengikuti panduan yang disediakan.

Cara Daftar Kali Pertama RHB Online

  1. Buka laman web rasmi RHB di https://logon.rhb.com.my/
  2. Tekan butang “I am a First Time User” > “I want to register”
  3. Pilih ATM / Kad Debit
  4. Masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit anda
  5. Isikan Username dan Password
  6. Baca “Terma dan Syarat” sebelum menekan butang “I Agree”

Cara Login RHB Online Banking

  1. Buka laman web di https://logon.rhb.com.my/
  2. Tekan butang ‘I want to register’
  3. Pilih ‘ATM / Kad Debit’
  4. Masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit anda
  5. Isikan Username dan Password
  6. Baca ‘Terma & Syarat’ sebelum menekan butang ‘I Agree’

Cara Daftar Rhb Now Online Banking

  1. Kunjungi laman web RHB Now untuk log masuk atau daftar di https://logon.rhb.com.my/register
  2. Anda akan dihantar ke laman utama log masuk RHB bank.
  3. Di bawah “I am a First Time User” di bahagian kanan laman web RHB Malaysia, klik “I Want to Register”.
  4. Anda akan dibawa ke bahagian Pendaftaran Pengguna Pertama pada laman seterusnya. Pilih “ATM / Kad Debit” di bahagian Pilih jenis kad anda.
  5. Langkah seterusnya hanya untuk kakitangan RHB, jadi abaikan ruangan tersebut.
  6. Tekan butang “Next”.
  7. Masukkan nombor pin akaun bank anda pada ruangan Username pada laman seterusnya.
  8. Kemudian, masukkan nombor pin akaun bank anda pada ruangan ATM/Debit Card PIN.
  9. Tekan butang “Next”.
  10. Cipta username RHB Online pada ruangan Username pada laman seterusnya.
  11. Masukkan password anda pada ruangan Password.
  12. Masukkan semula kata laluan pada ruangan Confirm Password.
  13. Cipta perkataan rahsia sebagai langkah keselamatan untuk akaun anda.
  14. Sebelum mendaftar, baca terma dan syarat untuk membuka akaun semasa RHB yang terdapat di bawah. Tick pada kotak tersebut setelah selesai membaca.
  15. Tick sama ada anda ingin menerima sebarang alert promosi daripada RHB pada ruangan Newsletter/Promotion Alerts.
  16. Tekan butang “Next” lagi.
  17. Pendaftaran anda sekarang berjaya.
  18. Pada bahagian Pilih jenis kad anda, pilih “kad kredit” jika ingin mendaftar menggunakan kad kredit.
  19. Teruskan dengan memasukkan butiran kad kredit seperti nombor kad kredit RHB, tarikh tamat tempoh kad kredit, CVV, dan nombor kad pengenalan.
  20. Ikuti langkah seterusnya.

Tags

Related Post

Leave a Comment