Cara Bayar Saman Parking Online

Jika anda pernah terkena saman atau kompaun parking, anda mungkin menghadapi cabaran untuk membayar saman tersebut. Kini, anda boleh melakukan pembayaran saman parking secara online

Ismail

Jika anda pernah terkena saman atau kompaun parking, anda mungkin menghadapi cabaran untuk membayar saman tersebut.

Kini, anda boleh melakukan pembayaran saman parking secara online untuk DBKL, Johor, dan Selangor.

Proses ini memudahkan anda, selaras dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan perkhidmatan kerajaan. Dengan sistem semakan dan pembayaran online, anda dapat membuat pembayaran dengan cepat setelah memeriksa saman melalui portal tersebut.

Lebih menarik, anda juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun khas pada hari tertentu. Jadi, ketahui cara bayar saman DBKL secara online untuk keselesaan dan kecepatan.

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Cara Mudah Bayar Saman Melalui Portal MyBayarSaman:

  1. Layari Portal MyBayarSaman di https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman dari Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang “NEW USER SIGN UP” untuk mula proses pendaftaran.
  3. Isi maklumat peribadi dan lengkapkan pengesahan OTP.
  4. Log masuk ke akaun selepas selesai mendaftar.
  5. Lakukan semakan saman untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Pilih kaedah pembayaran yang sesuai dan lakukan pembayaran secara online.
  7. Masukkan semua maklumat yang diperlukan, termasuk nombor telefon yang sah.
  8. Isikan nombor OTP yang dihantar ke telefon yang telah didaftarkan dalam sistem app check saman online RMP, MyBayarSaman.
  9. Tentukan kata laluan unik untuk sistem bayar saman polis online ini. Pastikan kata laluan anda sulit untuk diceroboh oleh orang lain.
  10. Jika tiada masalah, proses pendaftaran anda akan dipaparkan, menunjukkan bahawa anda berjaya mendaftar dan dibenarkan untuk log masuk ke dalam sistem online MyBayarSaman.

Dengan langkah-langkah ini, proses bayar saman anda akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Guna Online Banking Maybank2u & Jompay

Cara Mudah Bayar Saman Melalui Maybank2u dan JomPay:

Maybank2u:

  1. Log masuk ke akaun Maybank2u.
  2. Klik pada “Payment & Transfer,” pilih “PAY” atau “JOMPAY.”
  3. Pilih “New Payment” dan masukkan PAYEE iaitu “DBKL Kompaun Online.”
  4. Masukkan jumlah saman anda dan isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Klik “PAY” dan masukkan TAC Number atau Secure2U Request di HP.
  6. Selesai.

JomPay:

  1. Buka laman web online banking bank anda.
  2. Klik pada “JomPay.”
  3. Masukkan Biller Code DBKL: 31898.
  4. Masukkan Ref-1 iaitu nombor kompaun.
  5. Isikan jumlah yang perlu dibayar.

Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman

Cara Mudah Bayar Saman Melalui Portal MyBayarSaman:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan teliti.
  4. Terima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman akan dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ pada butiran saman yang ingin dibayar.
  8. Semak saman yang hendak dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Cara Bayar Saman Parking Online (Melaka/Johor/Selangor)

1. Cara Bayar Saman Parking Online Melaka

Cara Mudah Bayar Kompaun Melalui MyFPXMBMB:

  1. Layari pautan MyFPXMBMB: https://myfpx.mbmb.gov.my/myfpx/index.cfm
  2. Jika kali pertama, buat pendaftaran terlebih dahulu (jika sudah ada akaun, terus ke No. 3).
  3. Log masuk ke akaun MyFPXMBMB anda.
  4. Pada paparan utama, terdapat 4 Jenis Carian Maklumat Bil. a. Carian Akaun Cukai Taksiran b. Carian Akaun Sewa Gerai c. Carian Bil Kompaun d. Carian Bil Pelbagai
  5. Klik pada “Carian Bil Kompaun.”
  6. Pada Semakan Maklumat Kompaun, masukkan maklumat seperti berikut: a. Kompaun di ruang “No.Kompaun” atau No.Plat di ruang “No.Plat Kenderaan” atau b. Kad Pengenalan di ruang “No.KP”
  7. Setelah lengkap, klik “Semak.” Paparan akan menunjukkan Maklumat Bil Kompaun yang tersedia.
  8. Klik pada kotak pilihan “Bayar” untuk menambah bil untuk konfirmasi pembayaran.
  9. Klik pada “Semak Bakul Beli-belah” untuk senarai bil yang perlu dibayar.
  10. Senarai bil yang perlu dibayar akan terpapar, klik butang “Semak Keluar” untuk konfirmasi pembayaran. Sila sahkan jumlah bayaran.
  11. Ikuti proses pembayaran FPX sehingga selesai.
  12. Status Bayaran akan dipaparkan dan resit bayaran boleh dicetak.
  13. Pengguna akan menerima notifikasi email mengenai status bayaran yang telah dibuat.
  14. Selesai.

2. Cara Bayar Saman Parking Online Selangor

Cara Mudah Bayar Saman Melalui Aplikasi Smart Selangor:

  1. Pastikan anda memuat turun dan memasang aplikasi Smart Selangor.
  2. Untuk pengguna baru, daftar akaun terlebih dahulu. Panduan cara daftar boleh didapati dalam aplikasi Smart Selangor.
  3. Buka aplikasi Smart Selangor.
  4. Klik pada “Scan & Pay Compound.”
  5. Pilih satu daripada pilihan berikut:
    • Imbas Kod Pada Resit Saman
    • Masukkan Nombor Kenderaan Anda
  6. Maklumat terperinci mengenai saman anda akan dipaparkan. Sahkan maklumat tersebut dan klik “Pay.”
  7. Pilih kaedah pembayaran yang diinginkan dan teruskan sehingga pembayaran selesai.

3. Cara Bayar Saman Parking Online Johor

Cara Mudah Bayar Kompaun Parking Melalui eKhidmat Johor:

  1. Layari pautan eKhidmat Johor: http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat/public/user/new
  2. Untuk pengguna baru, buat pendaftaran dengan mengklik “Daftar Masuk” dan memilih “Daftar Akaun.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Tick pada “I’M Not A Robot” dan klik “Simpan.”
  5. Pendaftaran anda selesai, dan anda boleh log masuk semula.
  6. Log masuk ke akaun eKhidmat menggunakan Email dan Kata Laluan anda.
  7. Pada pilihan Agensi, pilih bandar tempat anda menerima saman parking di Negeri Johor.
  8. Anda akan dibawa ke halaman dashboard Agensi tersebut.
  9. Klik pada menu “Bayar” dan pilih “Kompaun.”
  10. Masukkan nombor kenderaan yang dikenakan saman atau masukkan nombor ID kompaun (terdapat pada resit saman). Klik “Semak.”
  11. Paparan saman beserta jumlah yang dikenakan akan dipaparkan. Klik “Tambah Ke Akaun Pembayaran.”
  12. Pilih bil pembayaran dan kaedah pembayaran yang diinginkan.
  13. Klik butang “Bayar” dan teruskan sehingga pembayaran selesai.

Tags

Related Post

Leave a Comment