Cara Bayar PTPTN Guna CIMB CLICK

Pembayaran PTPTN secara atas talian kini semakin mudah dengan pelbagai pilihan medium yang disediakan. Sama seperti pengalaman saya, saya memilih CIMB Clicks untuk melakukan pembayaran

Ismail

Pembayaran PTPTN secara atas talian kini semakin mudah dengan pelbagai pilihan medium yang disediakan.

Sama seperti pengalaman saya, saya memilih CIMB Clicks untuk melakukan pembayaran PTPTN secara atas talian, membebaskan diri dari keperluan pergi ke kaunter atau mengambil nombor.

Kesemua proses ini kini dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas melalui genggaman jari.

Bagi mereka yang meminjam dengan PTPTN, terdapat beberapa cara pembayaran balik yang terdapat melalui perkhidmatan perbankan atas talian seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat, dan Public Bank.

Cara Bayar PTPTN Online melalui CIMB Clicks

Cara Mudah Bayar PTPTN Melalui CIMB Clicks:

  1. Log masuk ke akaun CIMB anda di cimbclicks.com.my.
  2. Pilih ‘Pay Bills’ dan masukkan ‘PTPTN’ pada ruangan ‘To’.
  3. Pilih ‘Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan’.
  4. Isi nombor kad pengenalan atau I/C dan nombor telefon anda.
  5. Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran di ruangan ‘Amount and When’.
  6. Untuk pembayaran berkala, klik √ pada ruangan ‘Save a favourite’.
  7. Klik ‘Make Payment’ dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai.

Jom Semak : Langkah Mudah Cara Bayar PTPTN Melalui KWSP

Cara Bayar PTPTN Online Melalui Aplikasi

Cara Mudah Bayar PTPTN Melalui Aplikasi eWallet:

Aplikasi Touch’n Go:

  1. Buka aplikasi Touch’n Go anda.
  2. Pergi ke bahagian ‘Services’ dan pilih ‘Bills’.
  3. Pilih jenis bayaran pinjaman anda, isikan Nombor Pinjaman dan Jumlah Bayaran, kemudian tekan ‘Next’.
  4. Masukkan 6 digit PIN yang anda terima, dan tunggu sehingga pembayaran selesai dilakukan.

Aplikasi Boost:

  1. Buka aplikasi Boost anda.
  2. Klik pada ikon ‘Bills & Payment’ dalam bahagian ‘Do More’.
  3. Pilih ‘Add New Bill Account’.
  4. Pilih jenis pembayaran yang ingin anda lakukan, dan isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Masukkan 6 digit PIN yang anda terima, dan tunggu sehingga pembayaran selesai dilakukan.

Originally posted 2024-01-09 10:45:00.

Tags

Related Post

Leave a Comment