Cara Apply, Tukar & Aktivkan Kad Maybank Online

Maybank memudahkan pelanggan dengan khidmat penukaran dan permohonan kad debit dalam talian, khususnya bagi kes-kes rosak, tamat tempoh, atau keinginan untuk menukar kepada kad debit

Ismail

Maybank memudahkan pelanggan dengan khidmat penukaran dan permohonan kad debit dalam talian, khususnya bagi kes-kes rosak, tamat tempoh, atau keinginan untuk menukar kepada kad debit lain.

Bagi yang enggan ke bank disebabkan kesukaran semasa pandemik Covid-19, proses tukar kad debit, terutama Maybank, boleh dilakukan secara atas talian, dengan kad yang baru dihantar ke alamat rumah tanpa perlu ke kaunter bank.

Ini memberikan kemudahan kepada pelanggan yang tidak mahu berdepan dengan keadaan panjang di bank, termasuk beratur dan membuat temujanji.

Cara Apply Kad Debit Maybank Online

Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank:

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my.
  2. Log masuk ke Maybank2u di sini (gunakan pelayar, bukan aplikasi).
  3. Pergi ke bahagian Tetapan.
  4. Pilih Kad.
  5. Pada bahagian Urus Kad Debit, pilih Tukar Kad.
  6. Bagian “Aktifkan” digunakan apabila anda menerima kad baru.
  7. Isikan alamat penuh anda.
  8. Klik Permintaan TAC dan masukkan TAC di ruang yang disediakan untuk sahkan penukaran kad.
  9. Setelah menerima kad baru, sila aktifkan sebelum membuat sebarang transaksi.

Cara Tukar Kad Maybank Tamat Tempoh Expired

Cara Mula Menukar Kad Maybank Melalui Maybank2u:

  1. Log masuk ke akaun Maybank2u.
  2. Pergi ke bahagian Tetapan.
  3. Klik pada pilihan “Kad”.
  4. Pilih “Kad Debit” dan klik “Gantikan Kad” untuk menukar kad yang telah tamat tempoh kepada kad yang baru.
  5. Masukkan alamat rumah pada kotak Alamat untuk penghantaran kad Maybank yang baru, dan klik pada “T&C”, kemudian klik “Gantikan Kad” seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.
  6. Klik pada “Minta TAC” dan masukkan nombor TAC pada ruang yang disediakan untuk mengesahkan penukaran kad baru.
  7. Akhir sekali, klik “Hantar” dan kad baru anda akan dihantar dalam tempoh 3-5 hari bekerja ke alamat rumah anda.

Cara Mengaktifkan Sendiri Kad Maybank

1. Melalui Mesin ATM

Cara Mula Pengaktifan Kad melalui ATM:

  1. Masukkan kad.
  2. Pilih bahasa.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih Transaksi lain.
  5. Pilih Perkhidmatan lain.
  6. Tekan skrin seterusnya.
  7. Tekan pada Pengaktifan Kad.

2. Melalui Dalam Talian

Cara Memulakan Pengaktifan Kad dalam talian di Maybank2U:

  1. Log masuk ke laman web Maybank2U.
  2. Klik Tetapan.
  3. Klik Kad.
  4. Klik Urus Kad Debit.
  5. Klik Pengaktifan.

Kad debit yang baru perlu diaktifkan dalam masa 90 hari setelah diterima. Jika gagal, anda perlu memohon kad baru dan caj pertukaran sebanyak RM 12 akan dikenakan.

Untuk PIN, anda masih boleh menggunakan yang sedia ada tanpa perlu menetapkan yang baru. Walau bagaimanapun, jika ingin menukar PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.

Tags

Related Post

Leave a Comment